Lama x update ^_^
Thursday, July 02, 2009


Sedikit selingan, kat atas ni pic masa seminar Prof Takeshi about two weeks before. Actually masa dia tunjukkan Grover's Algorithm, apa yang terbayang kat kepala saya adalah:



Grover yang ini. :P

Last weekend pergi Mid Valley sebab nak check out things kat Jusco sana sempena Jusco's Member Discount.



Sebelum pergi Mid, singgah USJ kejap untuk pick up barang yang saya nak beli dari sorang member dari Lowyat.net. Janji nak meet up kat depan Summit. So sementara tunggu member tu sampai, main-mainlah ambik gambar dalam kereta. Kat atas tu salah satu gambarnya lah.

The guy came around 11am, lepas tu kitorang teruslah bertolak ke Mid Valley. Memang suka pergi awal sikit macam ni sebab biasanya orang belum ramai and of course, parking pun senang nak dapat. Biasanya saya park kat parking area yang masuk dari sebelah Garden tu sebab lepas park tu biasanya keluar terus jumpa area foodcourt and panggung wayang.



Sementara tunggu wife pergi cari-cari barang, saya dengan Sara habis dah meround bahagian toys...last-last tunggu je kat luar depan Toys R Us. Sara sempat la tidur satu round. Lepas tu wife lak bawak Sara masuk Kamdar dan saya masuk Toys R Us tengok toys ^_^

Around 1 lebih macam tu, kitorang pun pergilah makan kat Oasis kat tingkat atas. Then of course, baliklah untuk unbox barang yang saya beli dari member kat USJ tadi.



Sara buat muka pelik tengok kotak besar. ^_^ Benda ni dah lama saya nak beli tapi of course lah takde budget nak beli yang brand new. So bila nampak je ada orang nak let go kat Lowyat.net saya pun teruslah sambar. Dia baru je guna dalam beberapa minggu dan harganya pulak separuh dari harga pasaran...so saya pun ambikla cepat.




Inilah benda dia lepas keluar dari kotak dan siap diassemble. Masih berkilat lagi. Even game dia pun that guy tak bukak lagi sebab dia just guna untuk PC dia.




Oklah, Sara boleh duduk dalam kotak sementara saya main Guitar Hero...ehehehe

Have a nice day and God Bless
 
Perlis-Selangor-Johor
Monday, June 15, 2009
Cuti sekolah biasanya time yg saya gunakan untuk balik ke kampung. Maklumlah kampung satu nun kat utara satu nun kat selatan, time cuti sekolah jelah pun dapat balik. Sara pun kenalah belajar travel jauh-jauh dalam kereta. Alhamdulillah la, jadual tidur dia masih lagi sama walaupun dah bertukar angin utara & selatan.



Masa kat Perlis, dapatlah merasa Radix FC. Sebelum ni memang dah lama rasa nak try, tapi terlupa. So balik yang kali ni kat Perlis dah siap ingat awal-awal nak test beli. Rasanya dia okla jugak. Lebih kurang macam ayam KFC je. Cuma beza dia menu kat sini ada jugak ayam panggang dan of course, sebagaimana dia claim, ayam yang digunakan ayam organik. Rasa sama je...or maybe saya tak tau nak beza ^_^



Lepas balik dari Perlis, balik pulak ke Pontian. Singgah kejap Jusco Tebrau City sebab on the way je kalau lalu highway. Singgah Toys R Us, rasa macam best pulak TRU kat situ, terus je lepas tu daftar jadi ahli...free je. (actually bapak budak yang berkenan tengok toys kat situ..ehehe). Takde la beli apa sangat pun, just syok-syok tengok je...lepas tu singgah makan kat food court Jusco kat atas.



Hari esoknya, pergi town baru Pontian dekat tepi laut tu. Jalan-jalan sikit kat tepi laut tu lepas tu singgah pasar malam dekat-dekat situ sebelum balik. Kalau kat sini, biasanya takde benda lain la beli, yong tau fu sup. ^_^


Alhamdulillah, minggu ni Sara dah 5 bulan. Masuk-masuk je bulan ke 5 ni dia dah start nak explore benda-benda yang dia nampak. Walaupun tak pandai jalan or even merangkak lagi, tapi bila dia nampak something yang dia suka, dia dah pandai buat signal nak pergi kat benda tu (dan of course, kita la kena bawak dia pergi situ). Baring memang tak nak la dah lama-lama, lepas tu dah pandai lak depangkan tangan kalau nampak kita datang nak mintak angkat dia. Akal pun dah makin banyak nak buli parents dia kat rumah. Tu pic yang atas tu konon-konon nak duduk sendiri la taknak orang pegang. Tangan dia okla kadang-kadang boleh support badan dia, tapi lepas tu makin senget and last-last terbaring. ^_^



Ni last pic ni konon-konon baca buku la sementara tunggu saya siapkan air mandi dia. Pandai betul berlakon untuk kamera. Buku tu beli kat tebrau city tu lah. ^_^

Okla, tu je untuk entry kali ni. Semester dah mula!!! Tengok Azrul dah settle rasa terinspired lak nak siapkan sungguh-sungguh dalam tempoh baki 2 semester ni.

Oh ye, tahniah untuk Farid dan isteri untuk kelahiran kembar korang!

Have a nice day semua and God Bless!
 
Baju Putih Pengantin
Wednesday, June 03, 2009


Cuti sekolah, musim orang kahwin. This time, Sarah's, Ita's & my ex coursemate Miza's punya turn. So lagu ni ditujukan khas untuk diorang bersama pasangan masing-masing. Kalau yg dah kahwin pun nak relive balik the feeling and experience...boleh la gak dengar lagu ni ^_^ (tangkap feel lagu ni)

(Buat sendiri sebab tak ada kat Youtube lagu ni...so buat rush2 je..harap maaf kalau kualiti tak best) ^_^

Ni pic Sara masa nak pergi wedding Sarah weekend lepas. Ceria tul dia kalau nak jalan-jalan.



Before pergi tu kitorang singgah Sogo dulu sebab ada sale baju budak-budak. Macam biasalah, anak yang dapat benda banyak. Parentsnya apa pun tak beli untuk diri sendiri. ^_^

Dah habis lepak Sogo tu barulah pergi rumah Sarah untuk makan tengahari. Around pukul 1 sampai sana. Makan-makan, jumpa Sarah then kami pun balik. ^_^



Esok nak balik Perlis and next week nak balik Johor pulak. Doakan safe journey untuk kami sekeluarga.

Till then, have a nice day and God Bless!
 
Alhamdulillah, another year of our anniversary
Wednesday, May 27, 2009


Just a short entry. Lagu ini ditujukan kepada my wife sempena our 8th Anniversary. Lagu soundtrack Anastasia nyanyian Richard Marx & Donna Lewis. Best citer ni, lagu ni pun best...dulu ada beli vcd dia walaupun dah tengok kat cinema (zaman tu belum ada dvd) tapi err sudah hilang setelah pindah rumah selepas kahwin ^_^

Alhamdulillah...

Have a nice day and God Bless ^_^
 
Uncharted 2: Among Thieves
Wednesday, May 20, 2009


Game ni akan datang 4th quarter tahun ni ^_^. Game ni ala-ala Indiana Jones punya adventure..dapatkanlah di kedai-kedai berdekatan. Ahh...err ok, last week comm meeting with the SVs kira oklah. 3 orang ahli comm datang, Dr F tak datang sebab dia lupa hari tu ada perjumpaan tu. The discussion was OK, banyak gak persoalan timbul sebab ada yang tak faham. Dr J saya pilih dia masuk committee sebab field dia dalam crypto, n kebiasaannya orang crypto mazhab dia tak sama dengan mazhab stego...crypto ni macam pak guard whereas stego ni lebih kepada spy yang menyamar..so biasanya ramai orang confuse between the kayu ukur for the two.

Masa master punya viva exam dulu, tu lah yg jadi, coz my examiner is sangat berpengetahuan dalam crypto tapi dia kurang tahu dalam stego...end up dia kata saya takde problem statement n my problem was made up T_T...nasib baik dpt fight balik. So this time, sebab tu ada Dr J dalam committee, so that saya dapat anticipate apa yang akan timbul masa viva exam kalau sekali lagi external examiner saya dari field crypto n bukan stego.


Weekend lepas tak ke mana-mana sangat since wife kena pergi program hari guru. Sunday just lepak kat rumah and tak ke mana-mana except pergi fotostat wife punya stuff waktu petang. Waktu malam lepas Sara tidur layan game kejap. Half of the game dalam pic tu nak dijual semula untuk funding game baru lak. Boleh dikatakan kebanyakannya second hand :)..dan kebanyakannya boleh dijual pada harga yang sama ia dibeli ^_^


Alhamdulillah, Sara dah masuk 4 bulan. Sekarang ni waktu tidur dia makin teratur & nak tidurkan dia pun tak perlu nak hayun2 sangat macam before n kurang sikit fussynya. Biasanya start pukul 6 lebih lepas mandikan dia, dia dah ngantuk..so tepuk2 sikit, bagi susu, lepas tu dia akan tidur sampailah 6 pagi keesokan harinya (in between adalah bangun kejap minum dua tiga kali biasanya). Siang pulak, biasa pagi lepas hantar mak dia, she will sleep again around 8am. 9 pagi tu mandi then pukul 11 dia akan tidur lagi sejam dua. Petang dia aktif sikit, then pukul 5 dia dah start restless nak tidur malam. So time tulah mandikan dia and siapkan dia untuk tido. Malam dapatlah buat kerja apa patut..tak pun rileks la.


Sekarang ni gak dia dah start asyik nak angkat kepala and badan je kalau tengah baring. Taktaula efek bumbo seat tu ke apa, macam kepala dia makin kuat lak nak naik kalau tengah baring tu. Padahal meniarap pun belum lulus lagi. Meniarap pulak adalah dua tiga kali attempt yang berjaya meniarap sendiri..tapi nak reverse balik selalu dia fail pastu dia nangis sebab tak berjaya nak pusing semula ^_^ (Pic atas tu dia dah berjaya lah tu, sebab tu senyum..tapi seminit lepas tu dia meragam sebab dia tak dapat pusing untuk baring semula)

Oklah, that's all untuk minggu ni. Nak settlekan kerja lagi. Have a nice day and God Bless ^_^